BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah mewah markas judi dalam talian


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Seramai 19 warga China termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket perjudian dalam talian yang dianggarkan mengaut keuntungan RM4.5 juta sebulan dalam serbuan di dua premis di Jalan Raja Chulan di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata semua suspek berusia 20 hingga 45 tahun itu ditangkap polis Bahagian D7, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, dan polis turut merampas set komputer pelbagai jenama dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM200,000.


Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti promosi perjudian saham Cryptocurrency di pasaran negara China menggunakan aplikasi WeChat.

“Anggaran keuntungan harian sindiket ini kira-kira RM150,000 sehari bersamaan RM4.5 juta sebulan dan kegiatan itu dipercayai sudah beroperasi hampir dua bulan di premis mewah yang disewa majikan suspek dengan kadar sewa RM6,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek menggunakan pas lawatan sosial untuk datang ke Malaysia.
Mazlan berkata kesemua mereka ditahan reman sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »