BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja maut dirempuh kereta

SIBU:Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di Jalan Persiaran Brooke,di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu,Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata,dalam kejadian jam 10.22 malam itu, mangsa berusia 17 tahun dari Jalan Tekam menunggang motosikal seorang diri.

Menurutnya,siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.

"Kereta terbabit sedang bergerak dari arah Pusat Bandar Sibu menuju ke Jalan Wawasan.

"Ketika melalui Jalan Persiaran Brooke, kereta tersebut merempuh motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kemalangan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Penunggang motosikal yang cedera di bahagian kepala dan anggota badan maut serta-merta di tempat kejadian.

"Pemandu kereta cuma mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,"katanya.

Beliau berkata,pemandu kereta terbabit kemudian ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »