BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Remaja 15 tahun antara 31 diberkas di Kelab Malam

KUCHING: Pihak polis menahan 31 orang termasuk 10 orang wanita warga asing di sebuah pusat hiburan malam semalam.

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dari Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Polis Sarawak telah membuat serbuan di sebuah premis pusat hiburan di Green Height, Kuching pada jam 9 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong telah mengesahkan tangkapan tersebut kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Dalam serbuan oleh pihak polis di premis tersebut, kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 15 hingga 55 tahun.

Manakala daripada 10 orang wanita asing yang ditahan, tujuh darinya gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

Ketika serbuan, pihak polis mendapati semua suspek yang berada dalam premis pusat hiburan berada dibawah pengaruh alkohol.

Kesemua suspek ditangkap dibawah Seksyen 6(1)(a) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 15(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Berikut arahan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan PKPB, menjalankan aktiviti pusat hiburan adalah tidak dibenarkan di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Pihak polis dan agensi-agensi yang berkaitan akan memantau aktiviti yang dilarang untuk memastikan PKPB dipatuhi oleh setiap golongan masyarakat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »