BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rakyat EU puji rawatan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Rakyat Eropah yang berkongsi pengalaman ketika menjalani rawatan COVID-19 di Malaysia menyatakan mereka menerima layanan baik dan memuaskan, kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.

"Kami hanya mendengar perkara yang baik-baik sahaja daripada warga  Eropah yang telah menerima rawatan COVID-19 di Malaysia," katanya.

Fernandez mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kakitangan hospital di sini di samping menghargai semua maklumat serta penerangan yang diberikan kementerian.

"Nasib baik tiada korban jiwa dalam kalangan kumpulan ini (warga Eropah). Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas hospital yang berdedikasi,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel.

Kini, tiada rakyat EU yang dirawat akibat COVID-19 di hospital di sini, tetapi dalam tempoh beberapa minggu yang lalu tiga atau empat warga EU dirawat, termasuk seorang wanita hamil, katanya.

"Mereka semua telah sembuh sepenuhnya dan merakamkan penghargaan atas kecekapan kakitangan hospital dan kualiti penjagaan diberikan untuk membantu mereka pulih dengan cepat," katanya.

Duta itu turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia atas usaha menghantar pulang warga EU yang terkandas akibat krisis COVID-19, termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Imigresen serta pihak berkuasa lapangan terbang dan Malaysia Airlines.

Terdapat kira-kira 1,500 warga EU yang masih terkandas, tetapi jumlah itu berkurangan setiap hari kerana ada yang dapat pulang ke negara asal mereka.

Setakat ini, kedutaan sudah mengatur lima penerbangan untuk menghantar pulang rakyat EU. 
-- BERNAMA


Kredit gambar Twitter Datuk Seri Dr Wan Junaidi 6 Mac 2017
 Nota tambahan: Gambar fail semasa Datuk Seri Wan Junaidi masih menjawat tugas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »