BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pustaka Negeri Sarawak : Tiada denda lambat

KUCHING: Bimbang dengan pembaharuan bahan perpustakaan? Untuk makluman, disebabkan penularan COVID-19 serta lanjutan tempoh Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak Pustaka Negeri Sarawak telah memperbaharui tempoh peminjaman bahan perpustakaan secara automatik bermula pada tarikh 18 Mei hingga 18 Oktober 2020. 

Sehubungan itu, Unit Komunikasi Korporat, Pustaka Negeri Sarawak, Nur Ashikin Ahmad berkata, tiada denda akan dikenakan sepanjang tarikh tersebut.

"Peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan masih diberhentikan sementara waktu dan boleh dibuat pada 10 Jun 2020 atau pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com untuk mendapatkan bahan bacaan secara digital.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pegawai seranta Edison Ricket di link whatsapp 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »