BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pusaka, STA sumbang kit ujian COVID-19 berjumlah RM 2 juta

KUCHING:Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) bersama Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) berganding bahu menyumbangkan peralatan kit ujian COVID-19 berjumlah RM2 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) untuk kegunaan petugas barisan hadapan.  

Sebanyak 10,000 keping kit ujian COVID-19 diserahkan kepada JPBN Sarawak oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Pusaka, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau diwakili Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais menyerahkan sumbangan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sebelum ini, Pusaka dan STA telah menyerahkan peralatan-peralatan protective medical coverall (Stenile) 5,000 keping, isolation gown (Non-Sterile),10,000 keping, sarung tangan pemeriksaan vinil perubatan 200 kotak, sarung kasut perubatan 10,000 pasang, kacamata perubatan 5,000 keping,pelindung muka 5,000 pasang, topeng pelindung perubatan KN95 10,000 keping, topeng perubatan sekali pakai 105,000 keping dan penutup kepala perubatan10,000 keping kepada JPBN Sarawak untuk dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Awang Tengah memuji Pusaka dan STA di atas usaha dan bantuan mereka serta menyeru agar lebih banyak organisasi dan badan-badan korporat tampil untuk membantu petugas barisan hadapan.

"Sumbangan daripada Pusaka dan STA ini menunjukkan komitmen mereka sebagai pemain industri perkayuan Sarawak kepada kerajaan negeri dalam penyelesaian COVID-19,"katanya.

Beliau berharap lebih banyak organisasi dan badan-badan korporat memberi bantuan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »