BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Projek pembangunan terpilih beroperasi di kawasan Zon Hijau


KUCHING: Sarawak mengenalpasti senarai projek pembangunan beroperasi semasa tempoh di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bago kawasan Zon Hijau. 

Projek berkenaan ialah Projek Peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Projek Rakyat dan Alternative Fund serta Projek Pembanguann Luar Bandar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sebanyak 526 projek berjumlah RM22.1 bilion di bawah sumber 
peruntukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Projek Rakyat dan Alternative Fund terletak di kawasan Zon Hijau setakat ini. 

Menurutnya, daripada jumlah ini, 42 projek degan kos/siling sebanyak RM16.6 bilion telah dikenal pasti dan dilaksanakan di bawah kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Utiliti (Jabatan Bekalan Air Luar Bandar/Sarawak Energy Bhd.), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jabatan Kerja Raya, dan sebagainya.

"Projek-projek ini telah dikenal pasti melalui proses penelitian dan tapisan oleh Jawatankuasa Petugas Projek Di Zon Hijau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak. 

"Pengenalpastian projek-projek ini adalah berdasarkan kriteria-kriterianya adalah seperti beriku iaitu projek-projek hendaklah terletak di Daerah-Daerah Zon Hijau, tiada pergerakan masuk tenaga kerja, bahan-bahan binaan dan mesin/peralatan dari luar kawasan zon hijau dan Pekerja-pekerja merupakan orang tempatan.

"Selain itu projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas, Kerja-kerja penyelenggaraan; dan kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 420 projek RTP berjumlah RM167.2 juta terletak di kawasan Zon Hijau setakat ini.

Menurutnya, daripada jumlah ini, 59 projek dengan 
kos/siling sebanyak RM22.8 juta telah dikenal pasti dan 
dicadang untuk dilaksanakan di bawah Kementerian/Agensi oleh 
Jawatankuasa Petugas Projek Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,  Jabatan Kerja Raya dan agensi berkaitan.

"Projek-projek hendaklah terletak di Daerah-Daerah Zon Hijau, tiada pergerakan masuk tenaga kerja, bahan-bahan binaan dan 
mesin / peralatan dari luar kawasan zon hijau; projek-projek yang telah bermula sebelum 18 Mac 2020; dan projek-projek belum bermula yang menggunakan kaedah perlaksanaan gotong royong membabitkan masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata, kontraktor yang terlibat dalam projek-projek tersenarai adalah diwajibkan untuk mengemukakan pelan kesihatan kepada jawatankuasa secara bertulis.

Katanya, pelan kesihatan ini adalah untuk memenuhi syarat Sarawak Protection of Public Health 1999.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »