BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Program jangka panjang pulihkan ekonomi Sarawak pasca COVID-19

KUCHING:Kerajaan Sarawak akan terus berusaha untuk mempastikan ekonomi negeri Sarawak akan terus mampu untuk berkembang walaupun dalam keadaan yang sukar dalam jangka panjang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat terus mempunyai kemampuan untuk mendapat pekerjaan dan menerima pendapatan yang konsisten untuk menyara diri dan keluarga. 

"Insyallah dalam masa terdekat saya akan mengumumkan program jangka panjang untuk memulihkan ekonomi Sarawak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 untuk manfaat semua rakyat Sarawak. 

"Sudah tentu ekonomi pasca COVID-19 akan berubah dan saya akan membuat pengumuman selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan ataupun stakeholders,"katanya dalam teks perutusan sempena Hari Pekerja 2020 hari ini.

Katanya,sebagai ketua kerajaan Sarawak beliau akur bahawa tahun ini memang tahun yang amat sukar bagi semua golongan pekerja di semua bidang.

"Wabak COVID-19 menghendaki atau PKP dilaksanakan untuk mengekang jangkitan virus COVID-19. 

"PKP selama empat fasa setakat ini telah memudaratkan keseluruhan perniagaan dan industri, khususnya di Sarawak,"jelasnya.

Beliau berkata,mereka yang bergaji hari adalah golongan mereka yang mengalami keadaan yang begitu sukar untuk mempastikan setiap hari ada bekalan makanan untuk diri dan keluarga. 

"Kerajaan Sarawak telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung melalui program Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0 (BKSS 2.0). 

"Namun, saya akur BKSS 2.0 tidaklah mencukupi untuk meliputi semua keperluan rakyat kita. Saya amat berharap semua golongan pekerja dan masyarakat keseluruhannya akan terus bertabah untuk menghadapi segala dugaan,"katanya.

Katanya,bantuan secara langsung seperti bantuan tunai untuk Kumpulan B40 dan subsidi utiliti merupakan bantuan terus untuk meringankan beban rakyat, khususnya golongan pekerja. 

"Walaupun Kerajaan Pusat telah mengumumkan kelonggaran PKP melalui PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat namun Kerajaan Sarawak akan memperhalusi kaedah pelaksanaan kelonggaran ini mengikut keperluan negeri Sarawak,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »