BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis teruskan penguatkuasaan PKP


KUCHING: Polis Kontijen Sarawak akan teruskan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sedia ada, kata Pesuruhjaya polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

"Kita akan teruskan penguatkuasaan PKP fasa 4 yang bermula 29 April hingga 12 Mei ini seperti fasa 1,2 dan 3 sebelum ini dengan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan," katanya seperti dilaporkan dalam The Borneo Post.

Beliau berlata, pihaknya akan kaji dari masa ke semasa termasuk jumlah dan lokasi sekatan jalan raya yang sedia ada  mengikut kesesuaian.

Beliau mengulas pengumuman Kerajaan Negeri yang belum bersedia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan status quo dan semua arahan yang diumumkan di bawah PKP 1, 2 dan 3 kekal dikuatkuasakan buat masa ini.

Katanya, kerajaan akan mengkaji implikasi pembukaan semula sektor ekonomi dan sektor lain.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »