BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PKPB: Nasihat dan amaran berakhir, PKP boleh diperkenal semula - Ismail Sabri



PUTRAJAYA, 12 Mei -- Kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir hari ini dan mereka yang didapati melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan di bawah PKPB atau berhadapan pengenalan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini.

Beliau berkata ini ekoran Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan banyak kes ketidakpatuhan terhadap peraturan dan SOP sewaktu pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.

"Oleh itu, PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan dan SOP di bawah PKPB ini," katanya pada sidang media harian perkembangan PKPB di sini, hari ini. 

Beliau berkata mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »