BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA patah cubaan seludup bawang ke negara jiran

KUCHING: Pasukan Gerakan Am(PGA) Sarawak mematahkan cubaan menyeludup 328 guni bawang merah ke negara jiran,Indonesia, semalam.

Pegawai Turus Gerakan dan Risik PGA, DSP Sahamran Ibrahim berkata,tangkapan dilakukan pada jam 3.30 petang dalam tugasan Op COVID-19 di sempadan Malaysia-Indonesia di  Kampung Stass, Bau.

"Kita merampas 328 guni bawang merah yang setiap guni seberat 20 kilogram, dan dua buah kenderaan yang digunakan dengan anggaran rampasan berjumlah RM132,500," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,seorang remaja tempatan berusia 17 tahun dan sembilan warganegara Indonesia turut ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen dan permit yang sah.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan dan siasatan lanjut,"jelasnya 

Beliau berkata, dalam satu tangkapan berasingan di sempadan Malaysia-Indonesia di Serian, pihak PGA turut merampas enam tong gas bernilai RM1,200 yang hendak di seludup ke Indonesia, Rabu lalu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »