BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Petronas dan Sarawak keluar mahkamah, kembali ke meja rundingan.

KUCHING: Persetujuan penyelesaian dalam  rundingan mengenai urusan minyak dan gas serta  cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak  di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petroliam  Nasional Berhad (PETRONAS) menunjukkan  keprihatinan Kerajaan Persekutuan khususnya  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  terhadap rakyat Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah  Yusof berkata, pelantikan mewakili Sarawak,  sebagai Pengerusi bersama dengan Menteri  Kewangan dalam proses rundingan berkenaan adalah  satu mandat dan amanah yang akan laksanakan  dengan penuh tanggungjawab demi kebaikan  bersama.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri penyelesaian  tersebut akan memberi ruang kepada Kerajaan  Negeri Sarawak untuk penglibatan bersama dalam  pembangunan industri minyak dan gas bersama  PETRONAS di negeri berkenaan, tanpa mengubah  peranan PETRONAS sebagai syarikat minyak negara.

"Ini adalah berita baik yang amat  ditunggu-tunggu oleh rakyat Sarawak, selari  dengan hak-hak Sarawak seperti termaktub di  dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.

Beliau berkata, persetujuan penyelesaian secara  rundingan juga adalah titik pertemuan yang  dicapai melalui kesepakatan dan hubungan baik  pucuk kepimpinan kedua-dua peringkat, Perdana  Menteri di peringkat Persekutuan dengan kerajaan  negeri Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Datuk  Abang Johari Tun Openg.

"Ia juga adalah manifestasi betapa Kerajaan yang  memerintah negara ketika ini, baik di peringkat  Persekutuan, mahupun di peringkat negeri Sarawak  sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai  keutamaan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik kesepakatan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas dalam menyelesaikan isu petroleum yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Muhyiddin menyifatkan penyelesaian ini sebagai pendekatan yang mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara pada jangka panjang.

"Ini juga selari dengan dasar utama Kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama," ujarnya.

Penyelesaian iu juga menurut Muhyiddin akan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk terlibat sama dalam dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama Petronas di negeri berkenaan.

Kerjasama ini bagaimanapun tidak akan mengubah peranan Petronas sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan perlembagaan Persekutuan.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »