BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pesara tentera amuk anak

KUCHING:Seorang pesara tentera lelaki berusia 59 tahun ditangkap kerana bertindak memukul anaknya sendiri.

Suspek ditangkap jam 12.30 tengah hari tadi, di kaki lima kedai Great Food Cafe, Matang Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, pada 21 Mac lalu, jam 8 pagi
 bertempat Taman Matang Ville, Jalan Matang,anak perempuannya berusia 21 tahun terbangun dari tidur setelah terdengar ayahnya mengamuk dan membuat bising.

"Anaknya telah menegur ayahnya supaya jangan membuat bising dan mengamuk, tetapi tidak dipedulikan. 

"Ayahnya kemudian mengeluarkan kata-kata kesat dan telah memukul anaknya menggunakan tangan dan kaki di bahagian badan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, berlaku pergelutan antara anak dan ayahnya.

"Anaknya telah membaling bekas abu rokok ke arah ayahnya untuk mempertahankan diri. 

"Ayahnya membaling tahi kucing ke arah anaknya, akibat dari kejadian terbabit anaknya mengalami kesakitan di bahagian tangan dan mengalami sakit di bahagian bahu kanan serta kesan calar di betis sebelah kanan,"katanya.

Beliau berkata,kejadian tersebut sering berulang di rumah mereka.

"Berdasarkan semakan suspek turut mempunyai rekod kesalahan 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »