BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perkhidmatan kerajaan beroperasi penuh


PUTRAJAYA, 13 Mei -- Perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya dengan keberadaan penjawat awam sebanyak 70 peratus, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata keputusan berkuat kuasa serta-merta itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada perniagaan dan rakyat tidak terjejas, seterusnya menyokong pertumbuhan semula ekonomi negara.

"Dalam pada itu, penggunaan aplikasi dalam talian perlu terus digalakkan bagi meminimumkan kehadiran pelanggan ke kaunter selari dengan amalan jarakan sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata sistem penggiliran dan bekerja dari rumah masih diteruskan sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31JLD.6(6) bertarikh 2 Mei lepas. 

"Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP (prosedur operasi standard) keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan jarakan sosial, memakai pelitup separuh muka dan menyediakan cecair pensanitasi tangan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan perkhidmatan kerajaan di bawah kerajaan Persekutuan seluruh negara beroperasi sepenuhnya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »