BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perkhidmatan JIM Sarawak dibuka mulai esok


KUCHING: Pembukaan semula perkhidmatan di Pejabat Imigresen Malaysia(JIM), Sarawak  akan bermula esok (4Mei) selaras dengan keputusan kerajaan persekutuan.

Unit Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat JIM Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata,pembukaan
Pejabat Imigresen adalah secara berperingkat.

"Bahagian Keselamatan dan Pasport dibuka mulai Isnin(4 Mei) dan Bahagain Visa, Pas dan Permit Bahagian Khidmat Ekspatriat Bahagian Pekerja Asing pada hari Rabu
(6 Mei)

"Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan akan dibuka 13 Mei, manakala Kaunter Paspot di semua Pejabat Imigresen Pusat Tranformasi Bandar (UTC) tertakluk kepada keputusaan Kementerian Kewangan,"katanya.

Sehubungan itu, pembukaan pejabat-pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung Malaysia kerana mengambil kira peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak di talian 082-429437 atau Pegawai Perhubungan Komunikasi Korporat di talian 082-246267.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »