BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penyeludupan rokok tertinggi di Sarawak

KUCHING: Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) hari ini menggesa ahli-ahli politik daripada semua parti supaya menghentikan kemelut politik, dan tumpukan perhatian untuk menangani permasalahan sosio-ekonomi yang dihadapi masyarakat di Malaysia Timur.

Ulasan kumpulan advokasi sosial tersebut adalah susulan artikel theedgemarkets.com yang mendakwa Sabah dan Sarawak berada di tempat teratas bagi penyeludupan rokok.

Presiden dan Pengasas TRADA, Joseph Janting berkata,adalah menyedihkan dan juga memalukan untuk mendengar Sarawak merupakan nombor satu di Malaysia bagi pengedaran rokok seludup, iaitu mewakili 86.1 peratus daripada keseluruhan pasaran. 

"Neger jiran, Sabah begitu rapat di tangga kedua dengan 81 peratus.

“Isu ini menggambarkan permasalahan lebih rumit berkaitan dengan pendapatan purata gaji yang sangat rendah, penguatkuasaan yang lemah dan dasar-dasar awam yang tidak berkesan yang mengekang kemajuan ekonomi dan memudahkan perluasan aktiviti jenayah dan produk hara, di seluruh Malaysia Timur,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita di Sabah dan Sarawak pada 2018 ialah masing-masingnya RM25,861 dan RM52,301 manakala per kapita KDNK di Kuala Lumpur ialah RM121,293.

“Sukatan standard kehidupan ini jelas menunjukkan betapa rakyat Malaysia Timur tertinggal di belakang. Malangnya, kita menjangkakan standard kehidupan akan menurun lebih lagi kesan daripada kehilangan pekerjaan yang teruk dan kejatuhan ekonomi disebabkan krisis Covid-19,’’ ujarnya.

Beliau berkata,ketika rakyat Malaysia Timur akan meraikan Pesta Kaamatan (Sabah) dan Hari Gawai (Sarawak) secara tertutup tidak lama lagi, ahli-ahli TRADA menggesa ahli-ahli politik negara ini supaya mengenepikan kecenderungan politik mereka dan turun ke padang membantu rakyat.

“TRADA mahu melihat Kerajaan Persekutuan dan Negeri bekerja lebih kuat untuk mengadakan dasar-dasar yang meningkatkan standard sosio-ekonomi rakyat Malaysia Timur secara mampan.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga seharusnya bersikap lebih tegas untuk mengkaji semula cukai dan duti yang mengakibatkan produk menjadi terlalu mahal di Sabah dan Sarawak, menyebabkan penduduk tiada pilihan selain produk pasaran gelap,"katanya.

Katanya,penguatkuasaan sahaja tidak memadai bila lapan daripada 10 produk adalah barangan seludup.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »