BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penjarah kubur ambil kesempatan PKP


MIRI: Penjarah kubur mengambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyelongkar kubur untuk mencuri barangan berharga.

Terbaharu, seorang pastor membuat laporan polis di Batu Niah selepas mendapati sebuah kubur di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) di Sungai Manong Niah diceroboh penyangak kubur.

Kejadian itu disedari oleh pastor tersebut semasa ke kawasan perkuburan pada 19 April kira-kira jam 2.30 petang.

“Didapati pagar dawai sepanjang 20 meter telah hilang. Apabila masuk didapati sebuah kubur di atas nama mendiang Harry Gili telah diceroboh dan simen penutup kubur telah dipecahkan.”

“Manakala barang yang hilang belum dapat dipastikan,”katanya ketika dihubungi Gago Daily melalui WhatsApp hari ini.

Katanya, laporan polis dibuat bagi menjalankan siasatan itu dan memaklumkan kepada keluarga mengenai kejadian itu.

Selain kubur SIB Batu Niah, kubur gereja Anglikan di Batu Niah turut menjadi sasaran penyangak kubur untuk mencuri barangan kemas dan berharga yang dikebumikan bersama mendiang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »