BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penghantaran pulang pelajar Politeknik METrO Betong selesai

BETONG: Proses penghantaran pulang pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) yang dijalankan secara berperingkat berakhir pada Rabu lalu.

Proses yang dijalankan dengan penuh teliti oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) PMBS diteruskan selepas penghantaran pelajar dari zon Kuching pada Sabtu lepas dan kali ini bagi zon Miri dimana seramai 22 pelajar dari Mukah, Bintulu dan Miri. 

Pengarah PMBS, Suhaili Aleh memberitahu daripada jumlah tersebut seramai dua orang pelajar dari Mukah, 11 dari Bintulu dan sembilan orang dari Miri telah selamat sampai ke hentian yang ditetapkan iaitu Dewan Suarah Mukah, Dewan Suarah Bintulu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Beliau yang dihubungi berkata, penghantaran pulang dijalankan dengan menggunakan sebuah kenderaan jabatan dan sebuah bas catar.

Dalam pada itu kepulangan pelajar terbabit disambut oleh waris masing-masing yang setia menanti kedatangan anak yang tersayang. 

Rata -rata ibu bapa amat bersyukur kerana anak mereka dapat pulang dalam keadaan yang selamat.

Tambahnya, tiga orang lagi pelajar yang berasal dari Semenanjung juga telah selamat berangkat pulang menaiki pesawat tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada lewat petang Rabu. 

Kesemua jadual pergerakan pelajar ini diurus tadbir oleh pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bertindak selaku ketua zon pergerakan pulang pelajar IPT bagi negeri Sarawak.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »