BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pengawal keselamatan didakwa bunuh lelaki Indonesia


KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia, bulan lepas.

 S.Janartan, 23, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. 

   Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Janartan didakwa bersama-sama dengan lima orang yang masih bebas membunuh Alexander Fartar, 38, di Dewan Kuil Sri Maduraiveeran @ Kuil Muniswarar Ladang Tuan Mee, Sungai Buloh di sini antara 6.30 petang, 20 April sehingga 12 malam, 21 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon satu tarikh sebutan sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Mahkamah menetapkan 3 Julai untuk sebutan semula kes manakala peguam Y.Sheelan Samuagam mewakili tertuduh.
 -- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »