BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penerbangan bawa pelajar IPT pulang ke Sabah ditangguh bermula hari ini

KOTA KINABALU, 18 Mei (Bernama) -- Penerbangan yang membawa pulang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke Sabah ditangguhkan bermula hari ini dan akan dijadual semula.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata penjadualan itu dibuat bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar ke pusat kuarantin di negeri ini.

"Bilangan pelajar yang balik adalah sangat ramai iaitu berjumlah 6,796 orang, maka dijangka akan berlaku kesesakan di pusat-pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan.

"Pusat kuarantin yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar dan orang ramai pada satu-satu masa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pelajar terlibat agar terus bersabar dan bertenang di tempat masing-masing serta memaklumkan kepada ibu bapa mereka berhubung situasi itu.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan pihaknya telah memohon agar penerbangan sewaan khas yang membawa pelajar IPT itu dijadual semula.

Beliau berkata permohonan itu dibuat kerana penerbangan itu melibatkan ramai pelajar yang ingin pulang sebelum sambutan Hari Raya.

Dr Christina berkata semua pelajar yang tiba diwajibkan menjalani proses kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan sementara menunggu keputusan saringan kesihatan mereka.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »