BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pendaftaran PKS mikro untuk GKP sehingga 15 Mei ini - Abdul Rahim


KOTA KINABALU, 6 Mei – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro mempunyai tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara dalam talian bagi mendapatkan kemudahan Geran Khas Prihatin (GKP).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata seramai 700,000 PKS mikro dianggarkan menerima geran yang setiap satunya sebanyak RM3,000 untuk entiti perniagaan berdaftar dan berlesen.

“Geran ini bertujuan meringankan beban PKS mikro yang terjejas teruk akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penyebaran pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan negara dan dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata PKS mikro yang layak membabitkan jumlah perolehan purata RM25,000 atau sekitar RM300,000 ke bawah setahun.

“Selain daripada itu PKS mikro tersebut mestilah masih aktif dengan aktiviti perniagaan dan memiliki sekurang-kurangnya lima pekerja tidak termasuk pemilik perniagaan,” katanya.

Abdul Rahim berkata usaha itu akan menyaksikan kerajaan berbelanja sebanyak RM2.1 bilion jika kesemua 700,000 PKS mikro mendaftar dan memenuhi kriteria ditetapkan.

Menurutnya, jumlah itu cukup besar dan memadai untuk membantu menggerakkan ekonomi di peringkat bawahan yang merupakan nadi ekonomi golongan B40.

“Dalam keadaan kita berdepan suasana yang genting ini (bukan setakat mengalami darurat kesihatan tetapi juga darurat ekonomi) namun hakikatnya kita mampu menghadapinya dengan tuntas.

“Sumbangan Petronas dan (hasil) dividen GLC kerajaan telah menolong dari segi bantuan kepada rakyat yang terjejas melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berjumlah sekitar RM10 bilion dah GKP bernilai RM2.1 bilion,” katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »