BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

66 pelajar Politeknik Betong selamat pulang


BETONG: Seramai 66 orang pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) yang terkandas di rumah sewa masing-masing sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac akan pulang kekampung halaman masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 29 orang pelajar telah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing apabila ibubapa mereka menjemput anak mereka pulang.

Pengarah PMBS, Suhaili Aleh memberitahu mereka yang telah pulang adalah sebahagian pelajar yang berasal dari sekitar Sri Aman hingga ke Sarikei telah dijemput pulang oleh ibubapa masing-masing. 
"Dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terkandas untuk pulang ke kampung halaman mereka bermula 27 April lalu telah memberi peluang kepada mereka untuk pulang.

"Rata-rata pelajar melahirkan rasa kesyukuran dengan pengumuman tersebut dan mengambil pendekatan untuk pulang kekampung masing-masing.
 
Tambahnya, seramai 13 orang daripada pelajarnya yang berasal dari sekitar bandar Kuching akan dibawa pulang menaiki bas Politeknik Kuching Sarawak (PKS). 

"Kumpulan ini dijadualkan untuk berangkat pulang pada hari Ahad ini. 

"Manakala seramai 24 orang lagi dari Zon Miri pula akan berangkat pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Mereka akan dihantar menggunakan bas Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dimana pergerakan pelajar ini akan diiringi oleh pegawai-pegawai dari PKS, UNIMAS dan PMBS sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu pergerakan pelajar ini dijalankan secara berperingkat sejajar dengan garis panduan pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »