BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Patuhi enam kriteria ditetapkan WHO

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni mencadangkan agar enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dijadikan asas sebelum sektor perniagaan dibuka sepenuhnya. 

Menurutnya,pertama kawalan sempadan negara diperketatkan untuk mengelak kes import COVID-19, kedua kawalan pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan ketiga peningkatan keupayaan fasiliti kesihatan.

“Manakala, keempat keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat dan orang kelainan upaya (OKU), kelima Amalan Normal Baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakkan sosial dan memakai penutup muka dan terakhir pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti di Zon Hijau,” katanya mengulas mengenai keputusan membenarkan sektor perniagaan dibuka pada 4 Mei 2020 hari ini. 

Katanya,jika keenam-enam kriteria tersebut dapat dipenuhi, maka bolehlah dibuka semula aktiviti ekonomi dalam usaha memulihkan semula ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan COVID-19.

"Keputusan Kerajaan Sarawak untuk tidak mengikuti keputusan Kerajaan Persekutuan dalam membenarkan kebanyakan perniagaan beroperasi semula pada 4 Mei adalah suatu tindakan tepat,"ujarnya.

Beliau berkata, ini bagi memastikan keselamatan rakyat Sarawak terjamin dan situasi di negeri ini benar-benar bebas COVID-19. 

“Kita menghormati keputusan Perdana Menteri yang mengumumkan sektor perniagaan mula beroperasi pada 4 Mei 2020 seperti dalam ucapannya sempena Hari Pekerja 2020 semalam,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »