BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasukan khas kesan individu rentas sempadan tanpa kebenaran - KPN

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

"PDRM ada rekod siapa yang telah mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu. 

"(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis," katanya. 

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu telah diarah berpatah balik. 

Beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik. 

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran. 

Pada 3 Mei, Ismail Sabri berkata orang ramai boleh membuat laporan polis jika terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata tindakan ini dapat membantu kerajaan memastikan arahan dan SOP yang dikeluarkan, dipatuhi.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »