BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasangan suami isteri jumpa bom mortar dalam rumah sewa

gambar hiasan
 

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui dua objek menyerupai bom mortar di dalam rumah sewa mereka di Taman Selayang Jaya, Gombak, malam tadi yang kemudiannya disahkan sebagai mortar latihan dan tidak aktif.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata penemuan itu dibuat pasangan berusia 36 dan 33 tahun ketika membersihkan rumah sewa yang baru dua hari didiami.

Menurut beliau, polis telah mengambil keterangan pemilik asal rumah berkenaan yang menjualnya kepada pemilik baharu tiga tahun lepas.

“Siasatan mendapati, objek itu adalah kepunyaan pemilik asal rumah berkenaan yang gemar mengumpul barangan antik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di lokasi mendapati dua objek itu adalah jenis mortar latihan dan tidak aktif.

Pihak UPB mengesahkan kawasan di sekitar rumah berkenaan selamat.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »