BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Artis terkenal jual sanitizer tambah rezeki

KUCHING, 29 Mei: Ketibaan Gawai Dayak dan pembukaan semula perniagaan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan sanitizer tangan menjadi barangan yang laris. 

Artis terkenal, Sima Tawil berkata beliau berjinak-jinak menjual sanitizer bagi menambah pendapatannya. 

Semenjak pendapatan beliau sebagai artis jemputan terjejas, kini Sima menumpukan tenaga sebagai pembaca berita bahasa Iban di satu agensi media terkemuka di negeri ini.

Beliau mengakui dalam sehari akan mampu menjual purata 10 sanitizer tangan setiap hari kepada warga bandar raya ini sejak menjalankan perniagaan terbabit beberapa minggu yang lepas.

"Kebanyakkan membeli sanitizer tangan dari saya ketika ini adalah pemilik premis makanan sekitar bandar raya ini. Ini berikutan premis mereka mula sibuk dengan pelanggan yang keluar membeli belah pelbagai barangan keperluan perayaan Gawai Dayak,"katanya hari ini.

Sima berkata pemilik premis terbabit perlu bekalan berterusan sanitizer tangan bagi memastikan setiap pelanggan mencuci tangan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki premis seperti yang dikehendaki pihak berkuasa ketika PKPB.

"Ketika ini saya menjual sanitizer tangan terbabit pada harga RM18.50 sehingga RM30 sebotol dan harga ini adalah lebih murah dari harga yang biasa di pasar raya,"katanya.

Selain itu, barangan terbabit juga akan dihantar segera kepada pembelinya di bandar raya ini dan ketika ini stok bekalan sanitizer dijualnya dijangka akan mencukupi sehingga perayaan Gawai Dayak yang bakal menjelang.

Jika berminat, hubungi Sima Tawil di sini

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »