BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MPIC sumbang 500,000 sarung tangan, penutup hidung dan mulut kepada JPBN Sarawak


KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini menyerahkan 500,000 pasang sarung tangan getah perubatan serta penutup hidung dan mulut kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19.

Bantuan itu diserahkan oleh Timbalan Menterinya, Willie Mongin kepada Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu majlis ringkas yang diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di Petra Jaya di sini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Willie mengingatkan semua rakyat agar tidak alpa dan terus berwaspada biarpun negeri ini telah berjaya mengawal penularan COVID-19 dan meminta supaya situasi sekarang tidak menjadi modal politik oleh sesetengah pihak.

“Ahli-ahli politik juga harus lebih sensitif dan bertimbang rasa supaya tidak mempolitikkan peperangan wabak COVID-19. Ini bukan masanya untuk bersengketa atau mempertikaikan usaha yang sedang dilakukan serta memburukkan kerajaan atau pembangkang di media sosial,” katanya.

Selain menyerahkan sumbangan kepada JPBN, kementerian itu turut menyerahkan 500,000 helai sarung tangan dan topeng muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan di hospital, klinik, balai polis, balai bomba, pejabat daerah dan majlis daerah di seluruh negeri ini.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »