BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mohon permit polis sebelum pulang ke Sarawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memutuskan semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang ingin masuk ke Sarawak perlu memohon permit daripada pihak polis terlebih dahulu sebelum memohon kebenaran JPBN melalui (http://sdmc.sarawak.gov.my).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, tanpa permit daripada pihak polis, JPBN tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke Sarawak.

"Syarat ini adalah selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sekatan pergerakan di
antara negeri," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 6,098 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah yang telah diterima di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh
Sarawak pada hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,880 permohonan.

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 34,334 telah diluluskan dan
2,546 ditolak.

"Pasukan pemantau pada hari ini telah memantau sebanyak 2,068 lokasi
iaitu Pasaraya (253), Restoran (351), Kilang (51), Bank (178), Pejabat
Kerajaan (71), Penjaja (280), Pasar Tani / Awam (130), Tempat Ibadah (106), Tempat Riadah (42), Tapak Pembinaan (19) dan Lain-lain (587)," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 29,229 pemberitahuan sektor ekonomi yang
telah dibuka diterima pada hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 21,179 adalah melalui atas talian dan 8,050 melalui email.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »