BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Modal lesap, penutup hidung dan mulut tidak sampai

KUANTAN, 4 Mei (Bernama) -- Niat seorang suri rumah untuk menambah pendapatan dengan menjual penutup mulut dan hidung bukan sahaja tidak kesampaian, malah mendakwa kerugian RM4,400 akibat ditipu dalam urusan pembelian barangan itu secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 34 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang lelaki bagi membeli 80 kotak penutup mulut dan hidung berharga RM4,800 yang diiklankan dalam kumpulan WhatsApp pada 29 Mac lepas. 

“Dia membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM600 pada hari yang sama disusuli bayaran seterusnya menerusi dua transaksi pemindahan wang pada 12 dan 13 April dengan baki RM400 perlu dijelaskan selepas menerima barangan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa yang merasa telah ditipu apabila tidak menerima barangan itu sehingga semalam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan dekat sini, katanya.

Mohd Wazir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »