BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Menteri Kewangan menghadap Agong beri taklimat mengenai ekonomi, kewangan negara


KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi taklimat dan perkembangan terkini mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan dan ekonomi negara.  

“Saya menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Mei, 2020 untuk memberi taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kewangan dan ekonomi negara,” kata Tengku Zafrul di laman Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, perbincangan semasa pertemuan itu turut merangkumi isu-isu mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara, perniagaan dan pekerjaan serta memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai pelan kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi. 

Tengku Zafrul juga memberi taklimat kepada Seri Paduka Baginda mengenai pandangan terkini dan perkembangan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kemurahan hati baginda dan peluang yang diberikan untuk berkongsi mengenai perkembangan terkini ini serta keprihatinan berterusan baginda terhadap rakyat,” katanya. 

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »