BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut pikap masuk gaung

MIRI: Seorang lelaki maut setelah pikap yang dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri lalu terhumban ke dalam gaung di Jalan Harmoni,Tudan, di sini,malam tadi.

Dalam kejadian itu ,mangsa, Liew Thiam Fook, 37, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 9.11 malam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah Nissan Navara dan masih terdapat mangsa di dalam kenderaan terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, usaha mengeluarkan mangsa dilakukan melalui tingkap belakang yang pecah akibat dari kemalangan terbabit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan 10 minit kemudian oleh pasukan Bomba dan terus diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir di lokasi kemalangan. 

"Mangsa kemudiannya diberikan bantuan CPR oleh petugas KKM, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan disahkan meninggal dunia,"ujarnya.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »