BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mangsa tersepit dalam kemalangan kendiri di Jalan Kemena

BINTULU: Seorang mangsa tersepit dalam kemalangan kendiri di Jalan Kemena, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 6.32 petang.
"Kereta Proton Saga yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan.  

"Terdapat dua orang mangsa dengan seorang tersepit di dalam kenderaan tersebut,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pasukan Bomba mengeluar mangsa yang tersepit dengan peralatan menyelamat. 

"Setelah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian duduk pemandu kemudian diserahkan kepada pihak perubatan untuk mendapat rawatan awal.
"Seorang mangsa di bawa ke hospital dengan menggunakan kenderan EMRS dan seorang lagi di bawa oleh pihak ambulans," ujarnya.

Katanya,Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »