BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Malaysia dan Amerika Syarikat kerjasama dua hala sektor pembinaan


KUALA LUMPUR: Kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam pembangunan sektor pembinaan dan infrastruktur menjadi antara topik yang dibincangkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir pagi tadi.

Fadillah yang menerima panggilan hormat menerusi persidangan video berkata, turut dibincangkan ialah pembangunan infrastruktur, pengangkutan pintar, bandar pintar dan kesan COVID-19 terhadap sektor pembinaan dan infrastruktur 

“H.E. Kamala juga menyampaikan hasrat agar kedua-dua negara dapat bekerjasama dalam membangunkan sektor infrastruktur melalui United States Trade Development Agency (US-TDA) dan Blue Dot Network,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua negara akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala Amerika Syarikat – Malaysia.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »