BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Majikan mesti pastikan pekerja patuhi jarak selamat


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati semua pihak untuk merancang dan mengamalkan disiplin sosial serta kepatuhan sosial terhadap prosedur operasi standard (SOP) 4 Mei ini serta mengambil semua langkah berjaga-jaga selain menjaga kebersihan diri.

“Ramai yang akan kembali bekerja pada 4 Mei. Minggu pertama harus digunakan untuk menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perubahan baharu ini.

“Majikan mesti memastikan semua pekerja mematuhi jarak yang selamat, terutama di tempat yang tertutup. Anda mungkin perlu menyusun semula ruang pejabat agar lebih lapang dan selamat, mensanitasi kawasan yang selalu digunakan seperti bilik makanan atau ruang solat serta hanya membenarkan sebilangan orang berkumpul di satu ruang pada satu-satu masa untuk memastikan jarak sosial yang selamat, " katanya.

Dr Noor Hisham juga menegaskan panduan Kementerian Kesihatan adalah jelas dan menjadi tanggungjawab majikan untuk melaksanakannya.

“Kita mesti menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Dunia tidak akan sama lagi. Kita semua mesti tahu bahawa setiap tindakan individu memberi kesan kepada bagaimana kita menguruskan COVID-19 dalam komuniti kita,” katanya.

Beliau mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk saling membantu bagi memastikan insan yang disayangi terutamanya mereka yang vulnerabel selamat.

Terdahulu, ketika taklimat media mengenai COVID-19, beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan telah membantu meratakan lengkungan COVID-19 terutama setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 11 lokasi berisiko tinggi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah bekerja tanpa henti sehingga Malaysia berjaya meratakan lengkungan COVID-19.

Beliau berkata walaupun Malaysia telah berjaya sehingga ke tahap ini bagi menghindari bencana nasional yang dilihat berlaku di banyak negara ketika ini, namun perang melawan COVID-19 belum berakhir kerana minggu depan akan menyaksikan negara bertempur di medan perang baharu dengan strategi baharu.

"Ucapan terima kasih saya kepada semua pihak terutamanya di Kementerian Kesihatan (KKM) yang bekerja sebagai satu pasukan ke arah tujuan bersama untuk mengawal penyebaran COVID-19 di negara kita yang tercinta," kata Dr Noor Hisham dalam catatan Facebooknya hari ini.

Memandangkan Malaysia sedang dalam fasa untuk memulihkan ekonomi, Dr Noor Hisham 

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »