BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MAIS minta umat Islam patuhi arahan semasa Aidilfitri

KUCHING:Dalam suasana wabak COVID-19 masih menular, Majlis Islam Sarawak(MAIS) meminta seluruh umat Islam di Sarawak agar mematuhi arahan kerajaan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha MAIS,Ustaz Khalidi Ibrahim berkata, setiap keluarga digalakkan melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing kerana takbir hari raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga bermulanya solat hari raya dilaksanakan.

“Selain itu, takbir hari raya dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan.

“Di samping itu, melaksanakan Solat Sunat lIdilfitri bersama keluarga di rumah masing-masing sama ada secara berjemaah atau bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, jika solat sunat Aidilfitri dilaksanakan secara berjemaah, sunat dibacakan dua khutbah selepas solat (Panduan Ringkas Solat Sunat Idilfitri Di Rumah dan teks khutbah akan dikeluarkan oleh Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak).

 “Amalan menziarahi kubur adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB dan bolehlah diganti dengan bacaan Yaasin, tahlil dan doa di rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, tempoh berbaki Ramadan yang ada, MAIS berharap umat Islam agar istiqomah dalam menjalani ibadah puasa dan menghidupkan Ramadan dengan pelbagai ibadah sunat di rumah masing-masing.

"MAIS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga Allah SWT menerima ibadah puasa dan semua amalan kita sepanjang Ramadan kali ini.

“Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT mengakhiri ujian wabak COVID-19 dan menghindari kita daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.

 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »