BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mahkamah terbuka bermula 13 Mei


PUTRAJAYA, 3 Mei -- Kes-kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di mahkamah terbuka akan bermula secara berperingkat mulai 13 Mei ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat juga telah mengarahkan beberapa perkhidmatan di mahkamah di seluruh negara beroperasi bermula esok.

Antara perkhidmatan yang akan beroperasi adalah Pejabat Pendaftaran, Kaunter Setempat, Kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Kaunter Surat Kuasa Wakil, Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing serta Bahagian Pengurusan dan Kewangan di Pusat Tanggungjawab dan Pusat Kos.

Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lepas dan surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman bertarikh 2 Mei mengenai operasi pejabat kerajaan dan sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan PKPMP, satu garis panduan pengendalian kes dan tatacara pengendalian piawai pencegahan wabak COVID-19 semasa tempoh PKPB dan pasca-Perintah Kawalan Pergerakan akan dikeluarkan.

Mahkamah juga akan memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa dipatuhi sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 dalam menjalankan operasi mahkamah.

Semua pihak yang berurusan dengan mahkamah adalah dimohon untuk mematuhi arahan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah, MKN dan KKM.

Pihak terlibat boleh menghubungi Pejabat Pendaftaran Mahkamah/ Bahagian untuk sebarang pertanyaan melalui e-mel dan nombor telefon seperti berikut:

 

Mahkamah Persekutuan: ppmp@kehakiman.gov.my (03-88803561)

 

Mahkamah Rayuan: ppmr@kehakiman.gov.my (03-88804045)

 

Mahkamah Tinggi Malaya: pmt@kehakiman.gov.my (03-88803704)

 

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak: ppmtss@kehakiman.gov.my (088-286100)

    

Mahkamah Rendah Malaya: pmrm@kehakiman.gov.my (03-88809418)

 

Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak: ppmrenss@kehakiman.gov.my (082-442228)

 

Media dan Perhubungan Awam: komunikasikorporat@kehakiman.gov.my (03-88804607)

 

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »