BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lori terbalik di Saratok

SARATOK: Sebuah lori membawa muatan keperluan terbalik di bahu jalan berhampiran lencongan di Kilometer 11, Jalan Saratok-Betong, di sini,pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.24 pagi.
"Pasukan Gerakan Operasi(PGO) menerima panggilan melalui MERS 999 dan mengarahkan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok ke lokasi kejadian,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pemandu dan kelindan berjaya keluar sendiri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
"Pasukan Bomba bertindak membuat penstabilan dan pemeriksaan awal terhadap mangsa dan membersihkan tumpahan minyak dan serpihan kaca akibat kemalangan tersebut,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »