BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lori bawa kotak telur hangus

MIRI: Sebuah lori yang membawa kotak telur musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 7 1/2, Jalan Miri-Bintulu pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.25 pagi itu menyebabkan lori 10 tan terbakar.

Bagaimanapun anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran daripada lori musnah 100 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran hanya melibatkan kotak telur serta tidak memusnahan lori secara keseluruhan.

Beliau berkata, anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan operasi tamat pada jam 11.04 pag.

"Kebakaran melibatkan kotak telur atas sebuah lori di tempat letak kereta. Kebakaran berjaya dikawal dengan cepat," katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »