BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Long Bemang banjir lagi

MIRI: Kira-kira 100 pintu di blok bangunan lama rumah panjang Long Bemang, Apoh dinaiki air sejak semalam.

Pasukan Bomba Sukarelawan (PSB) Long Bemang memberitahu, sehingga jam 7.30 pagi tadi, paras air mencecah antara setengah kaki hingga 1.6 kaki.

“Banjir mulai berlaku semalam dan sehingga pagi ini trend air menaik. Kawasan yang terjejas melibatkan blok rumah panjang Calvary, Maranata, Hosana dan Haleluyah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Long Bemang, kawasan rumah panjang suku kaum Kayan di tebing Sungai Apoh mempunyai kira-kira 600 penduduk.

Setakat ini, semua penduduk yang di kampung berada di rumah masing-masing kerana patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
Tiada perpindahan dilakukan.

Saban tahun, setiap kali hujan lebat di hulu Apoh, paras air sungai akan naik menenggelamkan kawasan Long Bemang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »