BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki tersepit kemalangan di jejantas Jalan Tun Ahmad Zaidi

KUCHING:Dua buah buah kereta terbabit dalam kemalangan di jejantas Jalan Tun Ahmad, di sini malam tadi.

Difahamkan seorang mangsa tersepit dalam kemalangan melibat Perodua Myvi dan Nissan Almera itu.

Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 7.53 malam.

Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian mangsa yang tersepit telah berjaya di keluarkan dan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

Pihak Bomba hanya melakukan pembersihan di tempat kejadian, setelah keadaan selamat mereka bertolak balik ke balai.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »