BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki tersepit dalam pacuan empat roda

SERIAN: Seorang lelaki tersepit dalam kemalangan jalan raya di Batu 9,Jalan Kuching/Serian, di sini, petang ini.

Pikap yang dipandu Chang Jun Fook hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 5.31 petang.
 
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian. 

"Setibanya di tempat kejadian didapati mangsa masih tersepit di dalam pikup,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Setelah berjaya dikeluarkan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan awal,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »