BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki miliki 13 rekod jenayah dicekup

SIBU: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau ditahan selepas terlibat dalam insiden serangan di Sungei Merah baru-baru ini.

Manakala, dua lagi rakan masih diburu selepas teribat dalam serangan tesebut pada 13 Mei lalu.

Dalam kes serangan tersebut, salah seerang suspek nmembawa pedang samurai dan menuduh mangsa menganggu seorang gadis.

Insiden serangan itu berlaku ketika mangsa yang berusia 37 tahun, bersama-sama tiga rakannya, berusia antara 22 hingga 46 tahun, sedang minum di bilik sewa mereka di sebuah rumah kedai sekitar jam 6.30 petang.

Tiga individu termasuk suspek terbabit tiba-tiba memasuki bilik berkenaan kerana pintu tidak dikunci.

Suspek bertindak menampar mangsa dan seorang daripada rakannya menyuruh mereka membayar RM150 setiap seorang.

Malah, suspek dan dua rakannya turut mengambil iPhone mangsa dan memberi amaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati sebelum meninggalkan rumah.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataan berkata, sebilah pedang samurai dan telefon bimbit dari suspek turut dirampas.

Menurutnya, suspek yang ditangkap masih mempunyai beberapa kes perbicaraan yang belum selesai dan masih dalam siasatan.

Mangsa membuat laporan polis pada 15 Mei lalu dan ditangkap selepas beberapa jam kemudian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »