BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki maut, jatuh akibat mabuk

BINTANGOR: Angkara mabuk, seorang lelaki maut setelah terjatuh dari tingkat empat bangunan di Jalan Dermaga, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung seorang lelaki berusia 29 tahun, beralamat di Ulu Belaga, jatuh dari bangunan tersebut jam 10.40 malam.

"Adik perempuan mangsa diberitahu anaknya bahawa abangnya dalam keadaan mabuk telah berdiri di luar pintu jendela bilik tidur menghala Jalan Dermaga. 

"Pada jam 10.20 semasa adiknya bersama kakaknya berada di bilik bersebelahan bilik mangsa telah terdengar benda jatuh ke bawah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Sekam, adiknya menjenguk ke bawah dan melihat abangnya terbaring di kaki lima sebuah Restoran.

"Setelah turun ke tempat kejadian didapati hidung dan kakinya abangnya berdarah dan dalam keadaan lemah.

 "Adiknya membawa abangnya ke 
klinik untuk mendapatkan rawatan, pada jam 11.05 malam pihak perubatan mengesahkan abangnya telah meninggal dunia,"ujarnya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »