BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki lepak, lari bertempiaran diserbu


BAU: Sekumpulan lelaki yang sedang lepak lari lintang pukang apabila diserbu anggota polis di hadapan Dewan Kampung Serasot semalam.

Bagaimanapun hanya seorang lelaki yang gagal melarikan diri berjaya ditahan dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah (KPD) Bau DSP Poge Nyaon 
berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat serbuan hasil dari maklumat orang awam mengatakan terdapat orang berkumpul di tempat tersebut.

Menurutnya, suspek gagal memberi alasan yang munasabah kerana duduk berkumpul dan telah melanggar syarat PKPB yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bermula 18.3.2020 sehingga 09.06.2020.

"Semasa sampai di tempat tersebut, kesemua mereka bertempiaran melarikan diri dan seorang lelaki Bidayuh telah berjaya ditahan.

"Lelaki tersebut dibawa ke IPD Bau dan dikenakan kompaun," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada hari yang sama dua lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di KM 18 Jalan Bau/Batu Kawa.

Suspek gagal memberikan alasan yang munasabah dan tidak mempunyai surat kebenaran daripada pihak polis kerana pergerakan keluar daerah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »