BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki hina polis di facebook dicekup


KUCHING:Tindakan seorang lelaki menghina polis yang dimuat turun dalam facebook akhirnya menyerah diri dan ditangkap pagi tadi setelah cuba dikesan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata,suspek lelaki tempatan  berusia 48 tahun mengggunakan nama Kelvin Lee sebelum ini telah memuatnaik gambar Pegawai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sedang bertugas  menguatkuasakan had laju kenderaan  di Jalan Tun Jugah Kuching ke dalam facebooknya dan mengeluarkan kenyataan mengaibkan pegawai polis terbabit serta menghina kerajaan. 

Menurutnya,perbuatan suspek mengundang komen yang pelbagai dari netizen dan akhirnya viral di media sosial. 

"Perbuatan suspek  dapat dikesan pada jam 7.45 pagi semalam dan satu laporan polis telah diterima.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998 kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang dan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semasa disoal siasat suspek memberikan alasan tertekan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan. 

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan medium media sosial  secara tidak wajar,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »