BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki ditangkap miliki Syabu


SIBURAN: Seorang lelaki ditangkap memiliki dadah jenis syabu dengan berat kasar 1.62 gram dianggarkan bernilai RM 200.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, tangkapan lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan jam 11.20 pagi semalam
oleh sepasukan Bahagian Siasatan 
Jenayah Narkotik(BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan. 

"Pihak kita menjalankan serbuan bertempat di sebuah rumah di Pekan Siburan dan berjaya menangkap suspek,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kes disiasat di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang membawa 
denda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.


"Suspek direman selama empat hari ini sehingga 22 Mei ini, suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »