BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki diberkas miliki lima pasport Indonesia


TEBEDU:Kompeni B Batalion 11,Pasukan Gerakan Am(PGA) Batu Kawa memberkas seorang lelaki kerana memiliki lima keping pasport Indonesia, pagi tadi.

Lelaki tempatan berusia 54 tahun beralamat di Taman Sepakat Jaya,Demak Laut, diberkas jam 10.30 pagi di kawasan letak kereta hadapan Kedai Mohamad,Tebedu.
Pegawai Pemerintah Batalion 11, Superintenden Rosdi Inai berkata, ketika membuat rondaan pegawai kanan dan lima  anggota PGA buat rondaan di sekitar sempadan telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil  dalam keadaan mencurigakan. 

"Setelah diperiksa telah menjumpai satu bungkusan yang mencurigakan di sebelah tempat duduk hadapan pemandu. 
"Hasil pemeriksaan didapati lima keping pasport milik rakyat Indonesia ditemui,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya telah merampas lima keping pasport Indonesia berkenaan serta kereta yang digunakan suspek.

"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,000,kesalahan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pasport 1966.

"Suspek telah diserahkan kepada pihak 
 Balai Polis Tebedu untuk tindakan lanjut,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »