BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki cedera, kereta dipandu terbabas di Jalan Datuk Stephen Yong

KUCHING:Nasib malang menimpa seorang lelaki setelah kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, malam ini.

Kemalangan itu menyebabkan Deayne Ritchie ak Wellinton Sabang tersepit dan mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 7.02 malam.

"Pasukan Gerakan Operasi(PGO) menerima panggilan dari MERS 999 mengenai kemalangan ini.
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang bersama Unit EMRS digerakkan ke lokasi kejadian,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kemalangan melibatkan sebuah kereta Bissan Almera yang hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dengan mangsa tersepit.

"Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Setelah berjaya mangsa diserahkan kepada Unit EMRS untuk rawatan awal.Operasi ditamatkan pada jam 7.25 malam," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »