BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lapor pelanggaran SOP PKPB kepada pihak berkuasa - Ismail Sabri



PUTRAJAYA, 3 Mei  -- Orang ramai boleh membuat laporan polis jika terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, tindakan ini dapat membantu kerajaan memastikan arahan dan SOP yang dikeluarkan, dipatuhi.

“Rakyat dialu-alukan untuk membantu kerajaan pastikan pematuhan SOP, dan jika ada yang langgar, lapor kepada polis dengan segera.

“Contohnya jika ada premis makanan yang dibenarkan beroperasi, tetapi tidak mematuhi arahan dan SOP, sila laporkan,” katanya pada satu sidang media harian, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, tindakan ini dapat membantu kerajaan membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan.

Dua hari lepas, Perdana Menteri mengumumkan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai esok, tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, setakat semalam jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 23,680 individu.

Bagi berita palsu pula, beliau berkata sebanyak 255 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19 telah dibuka.

“Sebanyak 175 kes masih dalam siasatan, 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 kes diberikan notis amaran dan 15 kes telah mengaku bersalah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »