BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuching Zon merah bertukar kuning





KUCHING: Bahagian Kuching telah bertukar status dari Kawasan zon merah kepada zon kuning pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kod berwarna kuning bagi sesuatu kawasan dimana bilangan kes baru dalam tempoh 14 hari adalah kurang dari 40 kes.

Menurutnya, Sarawak sekali lagi merekodkan tiada kes positif COVID-19.

Katanya, terdapat enam kes sembuh dan discaj dari hospital. 

Menurutnya, kesemua enam kes tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak.

"Daripada jumlah keseluruhan kes, 74.45% kes positif COVID-19 telah sembuh.
 
"Bilangan PUI hari ini adalah sebanyak 20 kes. Manakala PUI yang masih menunggu keputusan ujian adalah sebanyak 11 kes," katanya pada sidang media harian hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »